Rambot

Peluang untuk anda yang bekerja sendiri!

Jika anda sedang bekerja sendiri dan ingin meningkatkan pendapatan anda, kini masanya untuk upgrade kemahiran anda. Tujuan program ini adalah memberi peluang kepada individu dalam Sektor Tidak Formal untuk meningkatkan potensi kemahiran melalui akses ke latihan yang diperlukan.

Sertai Program Bina Kerjaya khas untuk individu yang bekerja tidak formal (pekerja gig), seperti Food Rider, peniaga, bekerja sendiri, atau Freelancer. Program terbuka kepada yang berumur dari 16 hingga 40 tahun, memiliki sijil SPM dan ke bawah, dan tidak mempunyai caruman PERKESO.

Kelebihan menyertai program

Elaun Penyertaan

Individu akan menerima elaun wang tunai sejumlah RM900* selepas menamatkan kursus.

Sijil Profesional

Sijil profesional akan diberikan setelah tamat mengikuti kursus.

Makanan disediakan

Makanan akan disediakan sepanjang kursus berlangsung.

*Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

Pilihan Kursus yang ditawarkan

1. Program Kemahiran Pemasaran (Digital Marketing & Sales Excellence)

PROGRAM 5 HARI

  • Asas Pemasaran Digital (Digital Marketing Overview)
  • Kemahiran Insaniah (Soft Skill) - K.A.S.H Knowledge, Attitude, Skills & Habit
  • Perkhidmatan Pelanggan yang Efektif (Effective Customer Service)
  • Kemahiran Telejualan (Sell Like A Pro - Telesales Skills)
2. Program Kemahiran Insaniah Digital (Digital Soft Skill Programme)

PROGRAM 5 HARI

  • Kemahiran Insaniah (Soft Skill) - K.A.S.H Knowledge, Attitude, Skills, Habit
  • Alat Produktiviti Google Workspace (Google Workspace Productivity Tools)
  • Pertolongan Cemas (First Aid)
3. Program Kemahiran Teknikal (Technical Skills Programme)

PROGRAM 10 HARI (Pilih salah satu daripada kursus dibawah)

  • Pemasaran Digital (Digital Marketing)
  • Kejuruteraan Perisian (Software Engineering)
  • Analisis Data (Data Analytics)
  • Infrastruktur Awan (Cloud Infrastructure)
  • Keselamatan Siber (Cybersecurity)

Proses Pendaftaran Program

Isi form di sini

Klik butang [Daftar Sekarang] di bawah untuk mengisi maklumat anda.

Pendaftaran

Ikuti langkah-langkah yang diberi melalui e-mel atau anda boleh mengikuti sesi taklimat untuk proses pendaftaran.

Surat Kelulusan

Peserta yang berjaya akan mendapat Surat Kelulusan daripada PERKESO.

Jangan lepaskan peluang untuk menuju impian anda! Tempat adalah terhad.

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Individu yang berumur 16 tahun sehingga 40 tahun pada tarikh permohonan dibuat.
  3. Individu yang mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah.
  4. Individu yang tidak mempunyai caruman PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) untuk tempoh 6 bulan daripada tarikh permohonan.
  5. Keutamaan diberikan kepada individu yang berminat dan bermotivasi untuk melakukan transisi daripada pekerjaan tidak formal kepada pekerjaan formal. Profiling akan dilaksanakan bersama dengan individu untuk mengenal pasti individu yang bermotivasi untuk melaksanakan transisi pekerjaan dari sektor tidak formal ke sektor formal serta pemilihan kursus yang bersesuaian.
  6. Individu tersebut hendaklah memenuhi salah satu daripada kriteria berikut :
  • Individu yang mencarum di bawah Akta Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) sebelum 1 April 2023; atau
  • Individu yang hanya melakukan pekerjaan di bawah Sektor Tidak Formal semasa permohonan dibuat.

Peserta yang berjaya melepasi saringan akan mendapat Surat Kelulusan oleh PERKESO. Pihak airasia academy akan menghubungi peserta yang berjaya dalam masa terdekat. Jika tiada maklum balas dalam masa 30 hari bekerja bermakna peserta tidak berjaya.

Latihan akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Program ini akan berlangsung di airasia academy, KL Sentral.

  • Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal (Pekerja GIG atau Orang Bekerja Sendiri(OBS) merupakan program inisiatif daripada Kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang bertujuan untuk memperkasakan pasaran buruh bagi meningkatkan potensi individu yang sedang bekerja di bawah Sektor Tidak Formal untuk memperoleh pekerjaan formal melalui latihan profesional.

  • Kumpulan sasaran bagi Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal adalah pekerja gig atau Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah.

  • Untuk mengetahui lebih lanjut beserta Terma dan Syarat, sila layari laman web ini: https://shorturl.at/isAET

Pekerjaan sektor tidak formal membawa maksud semua jenis pekerjaan lain selain aktiviti pekerjaan formal. Ianya termasuk pekerja gig, bekerja sendiri, kerja kampung atau petani, nelayan atau seumpamanya serta peniaga sambilan kecil-kecilan di pasar malam atau di tepi jalan.

Antara manfaat yang akan diperoleh menerusi Program Bina Kerjaya ini adalah:

  • Memberi peluang kepada individu di bawah Sektor Tidak Formal untuk mendapatkan latihan
  • Memberi peluang kepada individu untuk meningkatkan kemahiran mereka menerusi Latihan Profesional
  • Menghubungkan individu di bawah Sektor Tidak Formal ke Sektor Formal
  • Meningkatkan potensi peningkatan kerjaya kepada individu yang berada di bawah Sektor Tidak Formal

Hubungi kami di sini untuk sebarang pertanyaan lanjut