Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Izzah tak lagi jadi penasihat PM
Diterbitkan:  Feb 12, 2023 3:47 PM
Dikemaskini: 8:11 AM

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini memaklumkan dia tidak lagi berkhidmat sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah dalam satu kenyataan berkata, ini berikutan dia menerima pelawaan untuk menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat menteri kewangan bagi membantu usaha memperkukuh ekonomi negara.

"Pengerusi Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan, Tan Sri Mohd Hassan Marican, telah mengundang saya menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat

bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat. Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini.

"Menerusi peranan baru ini, saya tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada YAB Perdana Menteri. Saya amat menghargai setiap

peluang untuk menyumbang kepada negara demi melakar masa depan yang lebih baik untuk Malaysia

Izzah berkata dia menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas setiap sokongan yang diberikan, baik daripada orang ramai mahupun seluruh pasukan perkhidmatan awam

dan komuniti Kerajaan.

Terdahulu, Hassan berkata dia menyampaikan undangan kepada Nurul Izzah, bersama pengurus kanan Petronas Khairil Anuar Ramli.

Anwar sebelum ini menerima kritikan heba selepas dia mengumumkan pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanannya, yang didakwa merupakan amalan kronisme.

Perdana menteri bagaimanapun menyebut mengenai latar belakang akademik Nurul Izzah, malah anak perempuannya itu tidak akan menerima sebarang gaji daripada

jawatan itu, bagi mempertahankan pelantikannya.

Lihat Komen
ADS