Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Pembersihan Umno boleh dicabar di mahkamah, ROS'

Mereka yang terlibat dengan pembersihan secara besar-besaran dalam Umno baru-baru ini mungkin boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) atau mencabar keputusan itu di mahkamah, menurut pakar undang-undang.

Ini selepas mereka yang dipecat atau digantung mendakwa proses berkenaan tidak dilakukan sewajarnya untuk membolehkan mereka membela diri terhadap tuduhan melanggar disiplin parti.

Ketika dihubungi, Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga peguam, Hassan Karim berkata tindakan Umno itu mungkin melanggar Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966.

Seksyen 18C menyatakan bahawa keputusan parti politik atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya atau oleh perlembagaan adalah muktamad dan konklusif dan keputusan tersebut tidak boleh dicabar, dirayu, disemak, dibatalkan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa jua alasan.

Bagaimanapun, Hassan berkata peruntukan terbabit mesti mematuhi prinsip keadilan semula jadi.

Justeru, Hassan berkata sekiranya pemecatan dan penggantungan itu dilakukan dengan tidak mengikut proses undang-undang, termasuk memberi hak kepada tertuduh membela diri, Umno akan melanggar syarat yang diperuntukkan di bawah Seksyen 18C.

“Ketetapan kepimpinan Umno ini (akan) jelas bertentangan dengan syarat yang diperuntukkan di bawah Seksyen 18C yang menekankan keputusan mesti mengikut tafsiran perlembagaan, peraturan atau peraturan Umno.

"Keputusan sewenang-wenangnya Umno yang bertentangan dengan Seksyen 18C boleh dicabar di mahkamah dan ROS boleh campur tangan jika ada aduan yang difailkan oleh ahli Umno," katanya kepada Malaysi

Jumaat lalu, beberapa pemimpin kanan Umno dipecat termasuk bekas ketua pemudanya, Khairy Jamaluddin

Bagaimanapun Khairy mendakwa pemecatan tu tidak dilakukan tanpa melalui proses sepatutnya.

Bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan dan bekas ketua Umno Tebrau, Maulizan Bujang - antara yang digantung selama enam tahun - juga mengatakan tidak diberi sebarang ruang untuk membela diri melalui jawatankuasa disiplin.

Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob juga mendakwa proses penggantungan dan pemecatan itu cacat, dengan menyatakan jawatankuasa disiplin parti tidak pernah menasihati presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk mengambil tindakan sedemikian.

Bagi peguam Nizam Bashir pula, dia berpendapat pilihan yang ada pada mereka yang terlibat adalah untuk menyaman parti itu di mahkamah.

Bagaimanapun, Nizam berkata berdasarkan dakwaan yang dibuat mereka bahawa proses sewajarnya tidak dipatuhi, Umno mungkin boleh dikenakan tindakan oleh ROS.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS